Thursday, 4 July 2013

"..bersabarlah, kamu belum diuji dengan jihad dan kesabaran.."

Ucapan Dr. Morsi :


"Sesungguhnya, aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat. Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini. Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara. Bukanlah impian ku untuk menjadi orang yang pertama harapan rakyat. Keberadaan ku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga. Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala. Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, menyedarkan hati-hati yang kebuataan agama. 

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja. Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja. Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman. Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama. Kerana dalam setiap apa pun, sama ada hati, percakapan, itulah Islam bagiku. Kaffah menyeluruh. 

Kita bukan Islam, biasa-biasa. Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita. Segala macam korupsi yang ada. Apakah dianjurkan dalam Islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar. Apakah itu yang Islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat berpelesaran seperti sayitan. Apakah itu yang Islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki, untuk semua rakyat di negara ini, kita ada agama yang memimpin hidup kita. Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita. Ingat, hari kiamat akan muncul dan semuanya akan dipertontonkan semula. 

Aku memohon ampun atas kelewatanku untuk mengurus negeri ini. Aku mengetahui batasan ku, aku mengakui ketidakmampuan ku pada sesuatu perkara. Namun ku megharapkan, kamu membantu aku bersama-sama bangunkan negeri ini. Jika tidak ada sokongan kamu, aku tidak akan ada disini. Ku hanya memohon sabarmu. Ku hanya memohonkan komitmenmu. Ku hanya memohonkan bantuanmu. Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, kerana ianya bukan hak mutlak diriku. Dia adalah milik kita bersama. 

Tetapi keadaannya tidak demikian. Kau malah menuduh ku bermacam-macam. Sikapmu yang tidak sabar, ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu untuk membantu perjuangan ku ini. Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya. Maka aku hanya berpegang dengan taliNya. 

Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu. Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memipin negara ini. Allahumma, kerana cukup kekuatanMu Ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untuk ku. 

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwatu illa billah!"

Sedih bila melihatkan keadaan sekarang yang sangat jelas ingin menggulingkan kerajaan yang bersistemkan Islam. Lagi sedih bila ada pihak yang betul-betul ingin menjatuhkan pemimpin sesebuah negara yang tinggi ilmu agamanya tentang Islam.
Dr. Morsi, seorang hamba Allah yang faham tentang keadaan agama Islam sedalamnya. Dan juga seorang tahfiz yang hafaz 30 juzuk al-Quranulkarim. Kepimpinannya yang begitu jelas mendaulatkan Islam di bumi Mesir. Namun dikatakan sebagai seorang yang diktator. Menyedihkan, bila saudara Islam sendiri yang sanggup menyatakan sedemikian. Semata-mata untuk kepentingan pihak masing-masing dan diri sendiri.

Dunia kini makin sakit. Dan akan berterusan sakit bila Islam dibiarkan terus dianiya dan dipinggirkan.

Wahai pejuang Islam, yakinlah Allah sentiasa bersama. Teruskan perjuangan mu!

"Bersabarlah, kerana kemenangan itu akan tiba dan Allah telah berfirman 'adakah kamu akan rasa kamu akan masuk syurga sedangkan Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar (kamu belum diuji dengan jihad dan kesabaran)." - Presiden Mesir, Dr.Mursi






Aku impikan dipimpin oleh seorang pemimpin seperti mu. Berani dan tegar berdiri mendaulatkan Islam.

With love, from us in Malaysia. InsyaAllah..




2 comments:

  1. singgah dan follow. nice blog dear ! ^^ #PrayForEgypt. Semoga Allah melindungi mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.. bersama doakan saudara kita..
      btw, tq sudi singgah:)

      Delete

Apa lah salahnya tinggalkan comment kan?
Meh, comment2x :)