Thursday, 4 July 2013

"..bersabarlah, kamu belum diuji dengan jihad dan kesabaran.."

Ucapan Dr. Morsi :


"Sesungguhnya, aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat. Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini. Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara. Bukanlah impian ku untuk menjadi orang yang pertama harapan rakyat. Keberadaan ku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga. Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala. Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, menyedarkan hati-hati yang kebuataan agama. 

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja. Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja. Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman. Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama. Kerana dalam setiap apa pun, sama ada hati, percakapan, itulah Islam bagiku. Kaffah menyeluruh. 

Kita bukan Islam, biasa-biasa. Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita. Segala macam korupsi yang ada. Apakah dianjurkan dalam Islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar. Apakah itu yang Islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat berpelesaran seperti sayitan. Apakah itu yang Islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki, untuk semua rakyat di negara ini, kita ada agama yang memimpin hidup kita. Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita. Ingat, hari kiamat akan muncul dan semuanya akan dipertontonkan semula. 

Aku memohon ampun atas kelewatanku untuk mengurus negeri ini. Aku mengetahui batasan ku, aku mengakui ketidakmampuan ku pada sesuatu perkara. Namun ku megharapkan, kamu membantu aku bersama-sama bangunkan negeri ini. Jika tidak ada sokongan kamu, aku tidak akan ada disini. Ku hanya memohon sabarmu. Ku hanya memohonkan komitmenmu. Ku hanya memohonkan bantuanmu. Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, kerana ianya bukan hak mutlak diriku. Dia adalah milik kita bersama. 

Tetapi keadaannya tidak demikian. Kau malah menuduh ku bermacam-macam. Sikapmu yang tidak sabar, ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu untuk membantu perjuangan ku ini. Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya. Maka aku hanya berpegang dengan taliNya. 

Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu. Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memipin negara ini. Allahumma, kerana cukup kekuatanMu Ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untuk ku. 

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwatu illa billah!"

Sedih bila melihatkan keadaan sekarang yang sangat jelas ingin menggulingkan kerajaan yang bersistemkan Islam. Lagi sedih bila ada pihak yang betul-betul ingin menjatuhkan pemimpin sesebuah negara yang tinggi ilmu agamanya tentang Islam.
Dr. Morsi, seorang hamba Allah yang faham tentang keadaan agama Islam sedalamnya. Dan juga seorang tahfiz yang hafaz 30 juzuk al-Quranulkarim. Kepimpinannya yang begitu jelas mendaulatkan Islam di bumi Mesir. Namun dikatakan sebagai seorang yang diktator. Menyedihkan, bila saudara Islam sendiri yang sanggup menyatakan sedemikian. Semata-mata untuk kepentingan pihak masing-masing dan diri sendiri.

Dunia kini makin sakit. Dan akan berterusan sakit bila Islam dibiarkan terus dianiya dan dipinggirkan.

Wahai pejuang Islam, yakinlah Allah sentiasa bersama. Teruskan perjuangan mu!

"Bersabarlah, kerana kemenangan itu akan tiba dan Allah telah berfirman 'adakah kamu akan rasa kamu akan masuk syurga sedangkan Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar (kamu belum diuji dengan jihad dan kesabaran)." - Presiden Mesir, Dr.Mursi






Aku impikan dipimpin oleh seorang pemimpin seperti mu. Berani dan tegar berdiri mendaulatkan Islam.

With love, from us in Malaysia. InsyaAllah..




Wednesday, 3 July 2013

" Sebenarnya..."

Aku ada kisah dengan kerusi sekolah. Sekolah mana? Ofkos la sekolah kesayangan, SMAS QI :)
Kisah bermula macam ni..

"Jo, ada sudah semua bahan-bahan. Ini kan barangnya kalau mau buat berbeque? Aku ndak tau ni, aku ikut durang seja membeli" - geng yang kena beli bahan-bahan untuk berbeque berkata. haha

"Boleh la ni, asak sak bha. Asi jugak tu. Macam ndak biasa, pandai-pandai la kita" - geng yang berpengalaman handle berbeque bagai, berkata.. hehe

"Ada kamu cari jaring-jaring? Bikin letak ayam di atas nya" -berkata lagi

"Ada, kami ambik sya di dekat surau tu. Aspura punya kali. Peduli laaa." -orang yang bersungguh-sungguh mencari bendalah tu, Jang, berkata. hoho

Malam menyinsing..

"Ui, bha. Marilah kita memutung. Banyak tangan, siap cepat, makan awal. Jom2!"- errrrr, x ingat sapa yang kata. hihi

Maka, bermula lah aktiviti kerjasama malam tu. Miahaha. Betul, cepat je siap. Banyak tangan lah katakan.
5,4,3,2,1, SIAP! 

So tanpa buang masa, memandangkan perut sudah ber'k-pop, kami pun sediakan lah unggun bagai. Berbeque lah katakan. Selang sejam lepas tu, dengan harapan penuh di dada mengimpikan ayam yang disajikan dengan sambal mantopp cik Juma and the rest. Setiap saat dihitung dari bermulanya pemberbeqeuan sampai la.... SEJAM yang hasilnya, TAK MASAK SATU APA PUN. Jangan kata tak semua, seketul ayam pun takdak yang masak!

Huh, "Sorry, sorry, sorry, sorry" berkumandang di perut. Yalah, "Fantastic Baby" kan belum wujud lagi masa tu. 

"Ui, ndak siap lagi? Jadi ka jugak kita punya ni? Macam xda jak api nya ni, macam mana mau masak yang ayam?"

"Ndak lah aku tau. Betul sudah bah tu cara kita tu. Ndak la aku tau kenapa"- set-set yang teror buat berbeque kononnya berkata.

Kalau ditunggu, kang sampai tengah malam la tak dapat makan. Memang tak boleh jadi. Idea, please mari!
Sedang otak mencari idea, tiba-tiba.. PENYELAMAT DATANG. Mak nya c Jang, hehe.

"Makcik...!!! Naaaa. Alang-alang sudah makcik di sini, tolong bha kami makcik. Ndak temasak-masak ayam kami. Macam mana tu"- dengan pasrah, kami berkata, huhu.

"Tinguk api kamu. Anduiiii, mimang ndak laini temasak kalau begini ni. Cari kamu kertas banyak, baru tu marak apinya"- mak nya c Jang berkata. hehe

Kertas? Asal tak terfikir! Apa lagi, lepas SPM konfem banyak kertas. Daripada terbuang dan terpaksa berkhidmat dengan pak tong sampah, kan lagi bagus kalau berkhidmat untuk kami? hoho.
Dengan senang hati, semua kertas kami derma kan :)

Tapi,

"Makcik, ndak kuat jugak apinya ni. Macam mana ni?"- kami lagi berkata..

"Ada kayu-kayu ka? Kalau ada, ambik sejja. Boleh tu. Plastik ka. Kuat angin, tula api nya terpadam tu."

Cari punya cari, akhirnya.. Dapat pun plastik kertas kayu bagai.. Alhamdulillah, api marak. KUAT youu. Ayam pun masak :) Senang hati. Dapat jugak makan. Ni semua atas jasa mak nya c Jang. Love you makcik! Selalu jadi heroin kami :)

Tapi, sat sat sat..!!

Dari mana datang nya kayu? Kertas dan plastik tau lah kat mana. Senang je dapat. Tapi, KAYU?????

Hmmm......

Sebenarnya,,

.. malam tu malam vandalisme aku. Cari kayu punya pasai, aku dan sahabat ku lagi sorang, dok boleh sebut sebab biar lah aku je yang face telah buat satu perbuatan yang aku rasa, drastik. Kayu tu, sebenarnya kami dapat dari hasil perbuatan kami sendiri.
Dengan,

----mematahkan kerusi-kerusi kayu sekolah yang rosak----

Dah siap patahkan, pi bakaq.

Aku takdak niat pun nak jadi vandalisme senanye. Tapi entah lah kenapa tangan aku ni gatai sangat nak pi patah kan kerusi kayu buruk sekolah masa tu. Huhuhu.

Kesal jugak bila dipikiaq balik. Kenapa lahhhhhh, aku? Haishhhh..

Untuk sekola ku yang tercinta, jika ada rezeki menyebelahi ku, insyaAllah akan ku derma kan kerusi-kerusi baru untuk mu. InsyaAllah. Satu hari nanti.. Atas rasa bersalah yang sangat-sangat......

Sorry!!

note ::: kerusi kayu tu aku pecaya akan di buang jugak. tu pasai lah aku dok pi patah-patah kan. 



Lebih kurang macam ni la buruk kerusi tu. Tapi bukan ini lah. Ini cuma gambar ihsan dari pok Google yeopp!