MENYESAL. Satu perkataan yang sinonim dalam kehidupan seseorang manusia dan sememangnya manusia lah yang selalu ada rasa menyesal. Yalah, takkan la haiwan kan? Hehe. Tapi, logically lah kan, pernah ka haiwan rasa menyesal? Selepas bunuh membunuh untuk dapatkan si sang betina, makanan, tempat dan etc, beberapa hari, minggu, bulan atau tahun kemudian, haiwan tu kembali dengan rasa penuh menyesal. Hmmmm,, aku pun dok tengah pikiaq ni, PERNAH ka? hehe.
Tapi apa yang pasti, manusia memang selalu menyesal. Dan sebagai seorang manusia, YA, aku pernah menyesal.
Macam ni lah reaksi bila stress+menyesal |
Antara perkara yang pernah aku sesali dulu, of course lah cinta monyet. Ntahlah, bila difikir balik sekarang ni, kenapa la boleh terjebak dengan bendalah tu. Ramai dah yang dok pesan jangan layan cinta-cinta monyet ni. Sebab, dah nama pun monyet. Kita ni kan manusia, monyet tu binatang. Cinta manusia dan cinta binatang tak sama. Binatang tak kisah cinta terputus di tengah jalan. Stress xdok, bengang pun xdok.. yang penting, lantak hang lahh!
Tapi cinta manusia ni lain. Dah setahun bertahun-tahun bercintan-cintun tiba-tiba, zappp! "I nak kita break-up!!" Tau tak macam mna perasaan yang satu pihak tu? Hmm, yang tak pernah rasa memang tak tau lah, tapi yang pernah? Hanya tuhan yang tahu tau macam mana perasaan time tu.
Dan sebab tu lah budak-budak jangan sibuk nak menyibukkan diri dalam cintan-cintun ni. INGAT! Korang tak matang lagi nak fikir semua benda tu. Banyak benda lagi yang sepatutnya korang fikir dari fikir tentang hal tu. I bukan tau cakap je tau, I tau impak-impak cinta monyet yang tak kesampaian ni. Dalam 10 pokok, hanya 5 pokok je yang dapat digayut. Tak hebat sebenarnya cinta monyet ni..
See? Cinta zaman sebelum evolusi kott! Haha! |
Disebabkan cinta monyet ni, semua benda yang tersangat penting bagi seseorang pelajar untuk achieve for future akan affected sekali. Percaya lah. Korang dah tak fokus study sebab asyik nak merindu-rindu lah, nak tau khabar lah and nak selalu update sal pasangan korang lah. Dah tak fikir dah sal study semua tu. Seriously, i did regret when I was in high school. Tak study kot! Tak sedar yang tahun tu adalah tahun penting. SPM beb! Memang menyesal gila-gila. Alhamdulillah lah result okay, tapi kalau I betul-betul study mungkin I boleh dah jadi pelajar cemerlang sekolah. CONFIRMED!
Tapi tu lah orang kata, "..menyesal kemudian tiada guna..". Takkan nak repeat lagi kan SPM tu kan? Sebenarnya, boleh jeee. Itu pun kalau masa diputar balik lahhh. (hehe). So, memang tak lah. Tapi menyesal, memang sentiasa melekat dalam hati dan otak yang bergeliga ni, cheh. Haha. Walaupun dah tak boleh buat apa dah, tapi kita boleh jadikan itu sebagai satu pengajaran. Pengajaran supaya perkara yang sia-sia yang boleh mensia-sia kan hidup kita takkan datang menjenguk lagi dalam hidup kita yang sememangnya berharga.
Dan berakhirnya semua, di situlah lahirnya penyesalan.. |
So, peringatan buat kita semua termasuk juga diri kesayangan ku ini, penyesalan memang menyakitkan. Sebab, menyesal kemudian tiada guna. INDEED! And for that, love yourself. Think about your future in life and akhirah. Namun bagi mereka yang tak sempat mengelak dari melakukan sesuatu yang membuahkan penyesalan, jangan risau.. sakit yang dirasa masih boleh diubati jika kita jadikan penyesalan itu sebagai satu pengajaran.
As long as we can avoid the big capital R.E.G.R.E.T, there's no need to be scared. |
Tapi ingatlah, jangan takut pada penyesalan kerana PENYESALAN ADALAH TAUBAT.. |
jangan ada yang terasa sudah. hehehe.
ReplyDeleteaku terasa :p hahaha. memg menyesal gila2. sgt!! woha.. trus t'ingt lirik lagu heart attack by demi lovato.
ReplyDelete"Putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
Never put my love out on the line
Never said yes to the right guy
Never had trouble getting what I want
But when it comes to you I’m never good enough."
hahaha.. merasa putus cinta d tgh jln tu sdh. mmg sakit gila2 rasa cam mo bunuh diri lau xda iman. nasib masi ada. hehe. kalau yg blum penah rasa tu, ready2 la. sbb hidup ni umpama roda, kdg kita di ats, kdg kita di bawah. :) #pesanan tuk diri sendiri jgk >.<
hahahhaha!!! pergh, sampai bunuh diri aaa. jangan ty, jangan!!
Deletetu lah, kita yang "berpengalaman" ni memang tau mcm mna rasanya penyesalan tu. tapi still, jadikan as pengajaran :)
haha.. tu lah.. nda jgk la smpai bnuh diri :P paling truk ak pnah wat tym ptus cintun dlu pn, telan panadol 1 papan..haha..gila! nasib x mati.. demam xbole bgun ja la,sbb overdos..haha.. mmg xda otak btul prangai aku tym tu..lau kenang2 balik, rasa mau hempuk kpala ni gna batu jak.. MALU OKEY =.='
Deletehaah, baru ingat kisah panadol tu. kalau ndak silap, kami marah ko kan? tapi sebenarnya, memang patut kena marah pun! kalau ko buat lagi, awas ko! haha.
Delete