Friday, 28 June 2013

"Pstt pstt, I dah tukar.."

Assalamualaikum..

Nama blog dah tukar tau, bukan awashamizuki.blogspot.com lagi. Tapi sepetsilesungpipit.blgspot.com. I dah tukar. Hehehe. 

Ok, saja mau bagitau. Takut-takut ada yang cari tak jumpa. Tak pasal-pasal "Blogger not found" 
Miahaha.

Salam then, adios ambigos~

" I fall in love, but I cant let it be.."

Nak kata fall in love, bahaya pulak kan. Yala, aku ni Muslim. Dia tu non-Muslim. Tapi aku minat dia. Dah lama da aku minat dia. Tapi dia tatau pun aku minat kat dia. Ibarat, minat bertepuk sebelah tangan la katakan. Dulu, aku tak suka dia. Dengaq jak nama dia disebut, berdarah telinga ni. Bukan dia jak, dengan geng-geng dia sekali. Bagi aku, macam pondan!  Entah lah bila hari tu, I saw him with his Gang! Dan sebenarnya, tulah first time aku nampak dia dengan biji mata aku sendiri. *eye to eye watching laptop, hahah. Dalam hati aku, "Aih, tang mana yang pondan ni?! Aku ingat kan dia ni pondan!" 

Omo omo omo, aku dah salah faham! Kenapa la aku tak check dulu sebelum nak benci-benci orang ni.
And oleh kerana itulah, bermulanya aku mengestalk profile, gambar and everything sal dia. Mula tu, nak tau jak. Tapi bila dah rajin sangat stalk, baru padan dengan muka aku. Tengok, i'm now being his secret admirer. Penat oo jadi secret admirer ni, huhuh.

Bagi aku, dia tak hensem. Dia tak kiut. Kalau nak kata kiut, macam Nickhun, hehe. *Nickhun mmg kiut! Tapi, dia ni special sikit. Even tak hensem, tak kiut, bagi aku dia lagi attracted berbanding lelaki-lelaki lain yang dilabel hensem or whatsoeva. And bagi aku, rupa tu tak penting. Aku tak suka orang yang jual muka ni. Mementang la ko hensem or ko cantik ko ingat ko boleh beli orang la? No no no, aku tak suka orang macam ni.

Apa yang aku suka kat dia ni sebab dia ni kreatif. Yes, i like someone who has some skills of creativity. Dia masih muda lagi tapi pencapaian dah tinggi menggunung. Aku suka dengaq lagu dan yes, aku suka dengaq lagu-lagu dia. Dia boleh buat lagu. Tu yang aku suka tu, hehehe. Dia ni jugak, tak suka buat aksi comel-comel macam lelaki-lelaki lain. Seriously, aku nyampah. Lelaki takyah la nak take over pompuan punya role. Lelaki harus manly! No need to be tough as Kim Jong Kook [Running Man] for showing that you are manly. For me, manly can be described based on your attitude and not by your physical only.

Cumanya apa yang aku tak suka kat dia ni, dia ni cepat berubah. Bila dia stress, mula lah dia buat hobby baru. Dulu, blind date. Takpelah, hak dia. aku nak halang pun, bukan hak aku. Lagipun, bukan dia tau aku minat kat dia, huhuhu. *poyo sedih, haha. Tapi sekarang, bila stress, penuh lah kat badan tu, tattoo. Dah rosak dah kulit dia aku tengok. Dah sampai area kaki dah pun tattoo tu. Huishhh, sayang sayang sayang.. Sama la dengan kawan baik dia tu. Dalam Bahasa Inggeris, nama kawan dia tu Sun. Hah, tu pun sama gak penuh tattoo. Muka dah attracted sangat dah, tapi...... tattoo tu... hmmmmmmmmmm *serius, aku kecewa.

Tapi oleh sebab dia tu non--Muslim, lantak dia la. Lagipun, aku just minat. Minat ni kan boleh hilang. Tapi tu lah, sampai sekarang tak hilang-hilang lagi, haha. Aku pun tatau kenapa. Dalam sangat kott aku minat kat dia ni. Sampai masa kat UniSZA dulu pun, aku hiasi bilik aku dengan gambar dia. Taklah banyak, dalam 3-5 keping camtu. Itu pun print, takdak duit nak cuci gambar, miahahahha~

Aku ada kawan yang tak suka aku minat kat dia ni. Dia kata, sia-sia je aku minat kat orang macam tu. Mula tu, agak sakit hati jugak la bila dia cakap macam tu. Tapi bila difikirkan balik, takpa. Aku yakin aku takkan minat lagi dah ngan mamat ni nanti. AKU YAKIN. Tapi buat masa sekarang ni, memang tak lah, haha. Sabar nohh, give me time. Don't worry, i'm not obsessed with him. Aku tau aku sapa. Tak layak ngan dia. Oops, no! Dia yang tak layak ngan aku, hihihi. Kira, sama-sama tak layak la nak melayakkan diri bersama-sama, haha. 

Lagipun, taknak aku hidup dikelilingi paparazzi. Yala, dia kan popular. Dah buat tour satu dunia, maybe. Semua orang dah dok kenal ngan dia dah pun. Kalau ada yang tak kenal, hah.. meh sini aku bagi kenal. Lelaki yang aku maksudkan tu, niaha.. G-dragon, ketua kumpulan BIGBANG tu, yang famous ngan lagu Fantastic Baby tu, hehe..



ni la G-Dragon. Kwon Ji Young. 


dan yang ini, BIGBANG. dari kiri ke kanan, Desung - T.O.P - Taeyang (dalam b.i, Sun) - Seungri - Awasha
Eheh, perasan! G-d laa.

Aku memang minat gila ngan G-D ni. huhu. tapi aku harap sangat nanti aku dah tak minat dia lagi dah. minat ala kadar sudah. asal takjadi macam aku yang sekarang ni. hahahaha.


Kat sini la studio dia buat lagu and rakam album


Bila masa aku dah sedar yang aku tak minat ngan G-d ni lagi, I promise you that i'll never stalking him again..

and when the time comes, i'll leave you with the face that you expressed in this picture

yeehaaa!



bye oppa! hehehehe..


*luahan hati yang memang lah x kesampaian. hahahaha.

"..wanita? tak semudah yang disangka.."

Baru tadi tengah baca blog seorang wanita yang tersangat lah aku kagumi dan kalau boleh, aku nak follow macam dia. Masih bergelar seorang student lagi, tapi dah jadi isteri orang dan juga dah selamat bergelar ibu. Yes, betul la tu bagi siapa yang kata "Dena Bahrin", Dena Kamarul Bahrin. I don't know why I am so proud of her and adore her. Seriously, she is so strong either outside and inside of her. Selalu tengok instagram Dena. Sebab dia selalu pakai baju lawo-lawo. Plus, tersangat lah menutup aurat. Dia jaga penampilan dia sebagai seorang muslimah. Kalau boleh, aku nak jadi klon dia, hehe.

Tapi, dalam best-best tengok betapa stylo and stylish nya Dena tu, tiba-tiba terdetik satu rasa di hati. Kisah hidup Dena semasa berbadan dua. So tergerak la hatiku ini  nak terjah blog dia tadi, dan memang teterjah pun. Ngeee~
Kesian jugak bila baca tadi. Banyak sangat alahan dia masa mengandung dulu. Ni taboley, tu taboley. Tapi, bila part makan, tu aktif pulak dia. haha. Tersangat lah suka makan dan sangat kuat makan.

Apa yang membuat aku rasa macam, "hebat nya pompuan ni.." kat Dena, bila dia terpaksa turun naik tangga, jalan ke hulu ke hilir dek kerana nak gi kelas. Dia tu student UIA and we know how big and wide the UIA is. Disebabkan dia terlampau aktif semasa mengandungkan Saif (anak Dena sekarang), ada satu hari tu masa dia bangkit dari katil, atas katil tu ada darah.

Ya Allah, aku memang takboleh dengar. Bukan setakat dengar tapi memang tak dapat terima lah, pompuan mengandung then berdarah. Kalau beranak kita tau lah memang berdarah, tapi ni baby masih dok kat dalam perut lagi weyh! MENGANDUNG. Dan disebabkan itu, Dena terpaksa stop for 2 semesters which means, for a year lah. Setahun beb ko terpaksa tangguh study ko. Sayang oo masa tu. Tapi Dena cekal dan disebabkan kurniaan Allah yang betul-betul berharga tu, Dena pun redha untuk stop even sebenarnya dia taknak stop. Siap nangis-nangis lagi. 

Alhamdulillah.. Cukup bulan, Dena pun selamat melahirkan. Even tyme nak beranak kan tu pun, still jugak ada sedikit ujian yang Allah beri. Dena kata, hanya orang yang dah melalui pengalaman melahirkan je yang tau macam mana keadaan time tu. Sakit tak sakit, diorang je yang rasa. Dena kata lagi, lain orang lain fe'el nya. Ada yang senang, ada yang susah. Tapi Dena, dapat susah sikit. Tapi still dia redha. Itu semua ujian Allah buat Dena.
and now, Dena dah kembali. Kembali aktif, hehe. Dan apa yang penting, Dena dah kembali vouge, haha. Sangat comel bila tengok Dena mengenakan pakaian yang memang totally muslimah. Dah lah dia tu kecik! hehe. 

Huh, tiba-tiba teringat mak. Rupanya, itulah perit yang mak aku rasa masa melahirkan aku dan adik beradik aku yang lain. Ada 4 orang semuanya. Perempuan pulak tu. Orang kata, melahirkan anak perempuan ni lagi 'payah' berbanding anak lelaki. Payah tu means, sakit la. Dengan berat kami yang masa lahir ni macam-macam kilo ada. Ada lah yang kurang berat, ada lah terlebih berat, ada lah jugak yang tak cukup bulan dan ada lah jugak yang terlebih hari taknak keluar, nak keluar malam la, nak keluar subuh la, nak keluar time gerhana la. Fuhh! 

Melahirkan anak adalah sakit kedua yang paling sakit selepas mati/maut/meninggal. Kadang, ibu dan anak selamat. Kadang, ibu je. Takpun anak. Tapi selalunya, takdak ibu yang taknak selamatkan anak kalau terpaksa salah sorang mengundurkan diri. Dah berbulan dok dalam perut. Sakit kena tendang, ibu jugak yang rasa semua tu. Berat baby ditampung oleh perut sendiri dan kalau nak pi mana-mana memang dengan perut yang berat tu jugak la. Dah sakit macam tu, ibu jugak yang berkorban untuk mengundurkan diri kalau dah memang tak dapat nak selamatkan kedua-duanya sekali.

Sebenarnya, ibu lah yang Truly Wonder Woman..

Rasa-rasanya, selepas tahu semua benda ni, rasa nak derhaka lagi tak dengan ibu? 

For the girls out there, soon you'll become a wife and mom once you get married and pregnant. After knowing all of this stuff, do you still don't wanna listen to your mom? If yes, then you'll get either son or daughter that is just like you. 
And for for the boys out there, you are the son of your mom. Don't you feel anything of what your mom has sacrificed for you?

I'm a girl and soon maybe will be having same experiences as my mom. What i want is, i want my own child know how to appreciate of all my sacrifice for him/her/them. Oneday, insyaAllah..
And for that, i must do the same to my mom. Knowing her difficulties, sacrifices.. What she'd done, is just for you.. her daughter.. her son..



"Thanks for being a good wife to my dad and thanks for being a good mom for us too, your daughters. Now we all know the burden and difficulties you suffered only just for raising us up until now
Therefore, I love you mom..


Wednesday, 26 June 2013

"Tak kenal maka tak tahu. Tak tahu maka tak cinta.."


"Tak kenal maka tak cinta.."
Ni yang selalu kita dengar kan bila nak kenal ngan seseorang atau pun berorang-orang?  Hehe. Sebenarnya, betul jugak tu. Tapi tak semetinya lepas kenal tu bercinta pulak. Boleh jak kalau nak kenal-kenal. Yala, at least tau la serba sedikit tentang seseorang tu. Kan? Tak semua pun at least 2/3 pun ok :)
Sebenarnya dalam aku berblogging ni, terdapat 1001 tujuan. Ecehh, macam ada mission gitu. Tapi apa yang pasti, aku nak tau apa yang best nya berblogging ni. Apa yang aku dapat rasa sekarang ni, so far so good. Enjoy gitu. Hehe. Bila tangan gatal nak menaip dan bila ada sesuatu yang terbuku di hati dan otak ni yang nak diluahkan, blog la jawapannya. *tapi tak bermaksud semuanya nak diluahkan dalam blog ea. Hehe.

Ok lah, title kat atas tu pun dah mencerminkan apa yang nak aku coretkan kali ni. Yup, aku nak bagitau serba sedikit tentang siapa lah aku ni yang sebenarnya. *Sebenarnya Saya Isteri Dia, haha. Joke!*
First of all, nama lah kan yang paling utama bila berkenalan. Yalah, takkan kenal tak tau nama kott? Kalau memang tak tau nama, entah apa la pulak ganti nama diri yang digunakan. *betul ka ganti nama diri? hehe*
Tak pasal-pasal, "Oi, oi!". Hah, tak ke nampak "kesopanan" kat situ? So, dalam apa-apa hal kalau nak kenal orang tu, nama mesti tau ok.

Eh, tadi aku kata nak bagitau nama kan? Hahaha. Panjang lebar pulak bebelan kat atas, hehe. Ok2!
Nama aku, Nurhawashah. "Nurhawashah binti Arman Shah". Walaupun nama aku ada "Shah" kat belakang, aku bukan keturunan sultan dan apa yang paling pasti, aku bukan keturunan Shah Rukh Khan. Hahhh, masa aku kat sekolah dulu cikgu-cikgu selalu kata yang aku ni ada adik beradik ngan Shah Rukh Khan. Cheh! *tengok muka la cikgu. Shah Rukh Khan tu muka vouge, saya ni muka cute! hehe. joking :)*

Hah, dak sama kan? Apalah cikgu aku ni. hehehe. Mata aku yang sepet ni disamakan dengan mata SRK yang besar ni.
Memang tak lah kan.

Aku ada 4 orang adik beradik yang mana kesemuanya, GIRLS you know. Hehe. Kitorang xdok hero kat rumah melainkan big boss, my bapa. Hehe. Ramai yang kata kat mak dan bapa aku yang kami ni untung sebab yala, duit masyukk maa. Hehe. Dalam adik beradik aku, aku anak yang ketiga. Sipi lagi nak jadi anak bongsu. Kalau tak, dapat dah gelaran anak manja. Hahaha. Kakak aku yang sulung, Nurfashah. Orang selalu gelar dia Fasha Sandha. Tapi dia taknak! Keras-keras taknak punya lah. Tapi bila ada orang gelar dia Yana Samsuddin, amboi.. Boleh pulak dia gelak. Hmm, suka la tu. Hehe. Dia ni cikgu, cikgu serba boleh. Sejarah, Geografi, Pen.Jasmani, semua dia sapu. Hehe.

Kakak aku yang kedua pulak, Nuraishah. Dia ni pulak orang gelar dia Acha Septriasa. Hahaha! Macam-macam! Tapi dalam kami adik beradik ni, dia sorang ni lah yang paaaliiiinnngggg sangat suka bergaya. Ladies lah katakan. Hehe. Bila bergaya, semua orang suka. Hahaha. Tak dinafikan lah, dia memang cantik dan yang paling cantik berbanding kami yang 3 orang ni :)

Yang paling bongsu, of course lah adik aku. Nurhidayashah. Hahhh, yang sorang ni pelik sikit. Sebab, dia selalu buat perkara yang kami semua tak pernah buat. Hehhe. Jangan risau la, semua benda yang dibuatnya semua benda baik :) Kitorang gelar dia ni pendekar. Lebih-lebih lagi bapa kitorang. Hahaha. Bila adik aku ni balik sekolah, bapa aku akan kata "Pendekar sudah mareee". Hahahaha! Tau sebab kenapa? Hahh, sebab,, dia ni ahli silat. Aktif ooo. Dah sampai SAGA GAMES pun. Memandangkan kitorang xdak hero, mungkin adik aku la kott yang jadi hero. Hehehe. Hero Muslimah :) 

Dah cerita sal adik beradik, mestilah cerita pasal mak and ayah ye dak? Hehe. 
Dimulakan dengan ayah dulu. *sebenarnya, kitorang tak panggil ayah, kitorang panggil bapa. hehe. Tapi, ok jak pun kalu ayah. Hehe*

Ayah aku bernama Arman Shah A.R Mahmud. Beliau memang seorang hero yang sebenar. Kalah The Avengers tu. Memang tak dapat lawan lah! Hehe. Ayah aku ni seorang yang baik hati tapi tegas. Muka dia garang oo. Kalau tak kenal, mesti akan sangka ayah aku ni jahat. Hahhh, tu lahh.. Tak kenal maka tak tahu. Ayah aku yang baik tu korang sangka jahat? Tak ok! Muka dia je yang garang tapi hati tak. Siap ada taman lagi tau! Hehe. Jangan risau la, muka jak tu yang lebih. Action gitu, hehe. 

Mak aku pulak bernama Juhoma Amin. Kalau dah ayah aku hero, heroin dia mak aku la. Hehe. Mak aku serius, pelawak! Haha. Percakapan, perbuatan, dan everything la bah, semua lawak. Hahah. Tapi, jangan bagi marah. Try la kalau berani.. hehe. Nampak je lembut, tapi soul of wonder woman kat dalam. Hehe. Beza kan ngan ayah aku? Hmmmm, skang ni aku memang dah percaya 99%, pasangan memang kena ada kontra. Kalau takdak kontra, tak best. Hehe.


Aku ada dua perasaan bila tengok gambar ni. Satu, gembira sangat-sangat sebab ni lah kali pertama kami sekeluarga ambik gambar keluarga :)
Yang kedua, aku tak suka! Sebab, kenapa lah gambar ni di ambil tak cantik. Haishhh. Apa punya photographer la.


Ni lah kami, the Fantastic Four. Hehe. Perasaan tengok gambar ni pun sama mcm di atas. 
Gembira dan DAK SUKA.
Kenapa lah muka aku macam vampire kat situ. Dah telampau putih dah aku tengok. Huh!


Ni kakak aku yang sulung, yang baju kaler hitam. Dia memng susah nak ambil gambar. Bayangkan lah, dua tiga siput jak gambar dia ni yang ada dengan aku skang.

Hah, ni lah kakak kedua aku. Hehe.



Kenapa aku katakan dia ni lah Pendekar Muslimah, this is what my youngest sister truly are :)


This is my Hero and my Heroin. *Ya Allah, Engkau lindungilah kedua-dua ibubapa ku ini. Berikanlah kesejahteraan kepada mereka berdua ya Allah. Tempatkanlah mereka di Jannah Mu nanti ya Allah..*

Ok, dah sal family. Sekarang ni sal aku pulak. Hehe. Aku ni takdak apa yang menarik yang nak diceritakan. Tapi apa yang penting dan apa yang aku tau, aku tau aku menarik. Hahaha. Joke~.. Aku cerita ringkas-ringkas je la ea. 

Aku dulu sekolah kat SMK Agama Sandakan (SMAS). *tapi skang dah tukar nama dah, SMK Agama Tun Juhar (SMATJU)* Hahh, kat sini lah aku bersekolah dulu, starting dari tahun 2005-2009. *sekolah rendah takdak ke? haha. ada jak. tapi, makin panjang la story nya nanti. cukup kat menengah jeee. heheh*
Macam-macam kenangan yang terindah masa aku sekolah dulu. Al-maklum lah, sekolah berasrama. Kenangan yang NDAK akan didapat di mana-mana sekolah biasa (sekolah yang bukan berasrama).

Kenangan bersama kawan-kawan, itu yang penting. Dengan kawan-kawan ni lah, semua benda yang dilakukan bersama. Bangun pagi bersama, ke surau bersama, solat pun bersama atau dalam erti kata lain berjemaah, ke sekolah bersama, makan bersama, belajar bersama, berakitiviti bersama, kena denda pun bersama. *eheheh. kalau nak diceritakan setiap kenangan yang kami semua lalui bersama, alamatnya "to be continued" lah entry kali ni. TERLALU BANYAK. memang tak dapat dilupakan dan still, segar dalam ingatan*

Tiada benda yang dilakukan bersendirian. *mungkin ada la 1-2 camtu, private matter kan. heheh*
Saat-saat terakhir meninggalkan sekolah pun, masih mampu untuk mencipta satu kenangan yang memang dak dapat dilupakan. *mood tiba-tiba rindu la plak.. huhuh


Rindu dengan suasana macam ni. Tyme ni kalau tak silap ada majlis ihtifal. Sekolah kitorang tuan rumah, 2009.


Ni kalau lain tak bukan, memang time prep. Dak asrama tau lah apa tu prep. Hehe. Kadang study kadang tak.


Ni lah pemandangan kat depan sekolah kitorang. Time ni kitorang curi-curi keluar dari  kelas, Hehe


Ni namanya takdak kerja. Haha. Nak tau, ni sebenarnya kat tandas. Haha.



Banyak sebenarnya gambar masa kitorang lawatan dulu. Masa ni kitorang adakan lawatan ke Kota Kinabalu. 
Al-maklumlah, "semuanya ada d KK, ada d KK..". Hehe.
Tapi gambar ni jak la yang mampu di muat turun kan di sini.  Yang lain kat dalam disc.


Susah senang bersama. Macam-macam dah yang kami lalui bersama. Gaduh pun pernah. Siap pulau-memulau lagi. HAHHAH. Serius, lawak. Tapi, diorang ni la yang banyak ajar aku supaya tak pentingkan diri bila berkawan.
Korang tak tau lagi aku macam mna dulu. Bila aku dah naik angin, hah. Dak-dak sekola ni jak yang tau macam mana keadaan masa tu. Hihi

~Untuk zaman sekolah ni, gambar ni je la yang aku mampu tunjukkan. Banyak lagi senanye. Tapi, lain kali aaa. Semua gambar ada kat disc~

Lepas alam persekolahan, mula lah pulak alam peruniversitian. Haha. *rosak bahasa melayu. marah cikgu Fiza kalau baca ni. haha*
Ok, aku dapat kat Universiti Sultan Zainal Abidin atau nama commercial nya, UniSZA. Kat sini aku ambik jurusan undang-undang. Mula tu, cuak jugak la. Law kott. Takut tak dapat bawa. Tapi bila lama-lama dah study bendalah law ni, seriously best. Otak yang dok penah pikiaq kritikal, akhirnya.... Terkritikal jugak. 

Masa study kat UniSZA ni, ingatkan tak dapat cari kawan macam kat sekola dulu. Tapi rupanya, ada jerrrrr, Kalau tak cari dan berkenalan, memang takdak la nak jumpenyeee. Hehehe. Mungkin tak sama macam kawan-kawan kat sekolah tapi still, kawan-kawan kat UniSZA is my besties, especially my classmates.
First time dapat kawan yang riuh rendah happening yang bagai tak ingat dunia. Hehe. *jangan marah hah..*

Berbeza dengan kawan-kawan masa kat sekolah. Interesting! Yalahhh, kita ada kawan yang bermacam-macam karenah. Tapi, takdak apa yang boleh membandingkan kawan kat sekolah dengan kawan kat universiti. Semua sama baik and semua sama THE BEST! Bak orang korea kata, "Daebak!!", kalau tak pun,  "Jjjaanngg!"

Kawan-kawan kat UniSZA pun ada kenangan bersama diriku ini. Cheh, haha. Ada yang best tapi ada jugak yang tak. Mestilah ada yang tak kan, sebab kita baru kenal maaaa. Perkenalan masa kat sekolah dan kat U tak sama weyhh! Bagi aku laaa. Kat sekolah, kita berkenalan penuh dengan innocent. Tapi kat U kita berkenalan dengan penuh,,,,,,, *aku pun tak tau macam mana cakap*.

Aku rasa, semua orang tau kot, kalau dah masuk alam universiti ni, memang kena hati-hati memilih kawan. Kannn?? Takyah tipu la, mak korang mesti bebel korang dan balik-balik nasihat benda ni. So that's why lah kita kena kenal dulu. Kalau tak kenal, tak tahu dia tu baik ke dak kan? Hah.. Tapi, Alhamdulillah. Semua kawan-kawan I semuanya baik-baik belaka. Bila dah habis tiga tahun bersama diorang pun, memang sedih. Suka duka pahit manis sama-sama dilalui. Dari situlah kita tahu apa erti kawan sebenar. Dan pada masa itu jugak lah kita tahu nak hargai kawan-kawan yang kita ada masa kat sekolah dulu. 
Kenangan bersama kawan-kawan memang sukar dan tak dapat dilupakan....



Gambar yang ni dan yang kat atas tu, ada kaitan. Sebab? Diorang lah kawan pertama yang aku jumpa dan berkenalan masa kat UniSZA. Yang baju oren tu tayah cakap, dari form 1 sampai la kat UniSZA, aku dengan dia jak. hihi. 





Ni lah classmates aku. Rindu aku ngan diorang ni. Huhu.

~ Sama gak macam keadaan yang kat atas, tak dapat nak tunjukkan semua gambar. Harap maaf ye, and harap faham. Hehe~

Dah settle bab sekolah dan kawan, hah!!!! Skang ni kita beralih dengan perkara yang aku minat pulak. Hehehe. Tapi aku rasa, entry kali ni panjang sikit. Hmmm, apa kata jumpa di entry seterusnya? Ok kan? Masa tu aku akan cerita benda yang aku minat je! Takdak benda lain yang kacau. Hahahha. 

Ok, sampai disini. Nanti jumpa di entry seterusnya. Kalau nak leave comment, boleh bah. As one of Sabahan nation, memang kitorang akan sebut benda ni, "ok bah kalau kau". Ngeee.
Tapi kalau taknak comment pun xpa :) Ok jak..
Ok, sampai bertenu kembali, InsyaAllah.

Assalamualaikum..










Tuesday, 25 June 2013

"..di sebalik A Gritos de Esperanza.."

Amboi, nama belogg.. "A Gritos de Esperanza".. Tau apa maksud nya tu?
Hehe. Takut kalau-kalau ada orang yang fikir macam yang kat atas ni. Ok lah, sebenarnya nama blog ni adalah sempena lagu yerrr kawan-kawan. Lagu "A Gritos de Esperanza" yang dinyanyikan oleh penyanyi latin (kot, hehe), Alex Ubago. Memang suka dengar lagu ni and this is one of my favorite songs. Lagu ni melodi dia sedap, tak membingitkan telinga bila dengar dan yang paling penting, suara best.. "Manly" uolllss, hehe.


Dapat bayangkan tak betapa manly nya suara mamat nih? Hehe. Joke! But seriously, he has a very good voice

Kisah di sebalik lagu ni? Hmm, memang tak lah berkisah yeee!! Jangan dok pandai-pandai nak kata lagu ni ada kena mengena dengan aku, haha!! Maksud lyrics lagu ni pun sebenarnya aku tak tahu. Hehe.Tapi, maksud A Gritos de Esperanza adalah, "Cries of Hope".
First time dengar lagu ni dari kakak sulung I, y mana I call dia kak Nonong, hehe. Hah, dia la punca segala sebab aku tau lagu ni and boleh plak suka dan seterusnya jatuh cinta. Ecehhhhh.. hehehe..Takda benda yang berkait aa dengan lagu ni. JUST, i like listen to this song. Simple, tak complicated and tak serabut! 
Kalau ada masa, dengar lah kejap lagu ni and kalau boleh, faham lah kenapa I suka lagu ni. Haha. Just kidding. But, still, please spare your a lil bit time listen to this song. Hope you enjoy it :)


A Gritos de Esperanza (official mv) - Alex Ubago

Nak nyanyi lyric ada kat bawah ea :)

A Gritos De Esperanza 

A pensar de que la luna no brille mañana
me dará igual sólo verte reír

es lo que me hace feliz.
mi alma...

Y es verdad que una mirada distinta
o algún gesto más frío se clava
en mi pecho,
daga del desconcierto
pero amor ahí está la magia.

Ahora que te veo niña
ya te hecho de menos,
no imagino mis heridas
si algún día te vas lejos.

Querría por esto...
Que si preguntan por mi,
no les digas donde fuí,
que tu alma sea fuerte
y cuando mires hacia el frente,
no recuerdes todo lo que no te dí.

Y es que quedan tantas cosas
por contarte y que me cuentes
tantos ratos y pasiones por vivir,
a tu lado, oh mi vida...
a tu lado...

Y ojalá que nuestros ojos si brillen mañana,
y que tu voz siga pidiéndome a gritos amor,
a gritos de esperanza.

Ahora que te tengo
no pienso perder el tiempo,
ni perderme por mi absurdo ego
ni un solo momento,
se esfuma, el miedo

Si preguntan por mi,
no les digas donde fuí,
que tu alma sea fuerte
y cuando mires hacia el frente
no recuerdes todo lo que no te dí.

Que tu luz brille por siempre
por que tu te lo mereces
y perdona si algun día pretendí,
que no fueras tu misma.

Y si preguntan por ti
sólo diré que te vi
en mis sueños una noche
y sólo sueños desde entonces
para verme cada día junto a ti.

Y es que quedan tantas cosas
por contarte y que me cuentes,
tantos ratos y pasiones por vivir,
a tu lado, oh mi vida...
a tu lado.


[ Sumber : youtube, http://lyricstranslate.com, google image)

"...menyesal kemudian tiada guna..."

MENYESAL. Satu perkataan yang sinonim dalam kehidupan seseorang manusia dan sememangnya manusia lah yang selalu ada rasa menyesal. Yalah, takkan la haiwan kan? Hehe. Tapi, logically lah kan, pernah ka haiwan rasa menyesal? Selepas bunuh membunuh untuk dapatkan si sang betina, makanan, tempat dan etc, beberapa hari, minggu, bulan atau tahun kemudian, haiwan tu kembali dengan rasa penuh menyesal. Hmmmm,, aku pun dok tengah pikiaq ni, PERNAH ka? hehe.
Tapi apa yang pasti, manusia memang selalu menyesal. Dan sebagai seorang manusia, YA, aku pernah menyesal.

Macam ni lah reaksi bila stress+menyesal
                                                          
Antara perkara yang pernah aku sesali dulu, of course lah cinta monyet. Ntahlah, bila difikir balik sekarang ni, kenapa la boleh terjebak dengan bendalah tu. Ramai dah yang dok pesan jangan layan cinta-cinta monyet ni. Sebab, dah nama pun monyet. Kita ni kan manusia, monyet tu binatang. Cinta manusia dan cinta binatang tak sama. Binatang tak kisah cinta terputus di tengah jalan. Stress xdok, bengang pun xdok.. yang penting, lantak hang lahh! 
Tapi cinta manusia ni lain. Dah setahun bertahun-tahun bercintan-cintun tiba-tiba, zappp! "I nak kita break-up!!" Tau tak macam mna perasaan yang satu pihak tu? Hmm, yang tak pernah rasa memang tak tau lah, tapi yang pernah? Hanya tuhan yang tahu tau macam mana perasaan time tu.

Dan sebab tu lah budak-budak jangan sibuk nak menyibukkan diri dalam cintan-cintun ni. INGAT! Korang tak matang lagi nak fikir semua benda tu. Banyak benda lagi yang sepatutnya korang fikir dari fikir tentang hal tu. I bukan tau cakap je tau, I tau impak-impak cinta monyet yang tak kesampaian ni. Dalam 10 pokok, hanya 5 pokok je yang dapat digayut. Tak hebat sebenarnya cinta monyet ni.. 

See? Cinta zaman sebelum evolusi kott! Haha!

Disebabkan cinta monyet ni, semua benda yang tersangat penting bagi seseorang pelajar untuk achieve for future akan affected sekali. Percaya lah. Korang dah tak fokus study sebab asyik nak merindu-rindu lah, nak tau khabar lah and nak selalu update sal pasangan korang lah. Dah tak fikir dah sal study semua tu. Seriously, i did regret when I was in high school. Tak study kot! Tak sedar yang tahun tu adalah tahun penting. SPM beb! Memang menyesal gila-gila. Alhamdulillah lah result okay, tapi kalau I betul-betul study mungkin I boleh dah jadi pelajar cemerlang sekolah. CONFIRMED! 

Tapi tu lah orang kata, "..menyesal kemudian tiada guna..". Takkan nak repeat lagi kan SPM tu kan? Sebenarnya, boleh jeee. Itu pun kalau masa diputar balik lahhh. (hehe). So, memang tak lah. Tapi menyesal, memang sentiasa melekat dalam hati dan otak yang bergeliga ni, cheh. Haha. Walaupun dah tak boleh buat apa dah, tapi kita boleh jadikan itu sebagai satu pengajaran. Pengajaran supaya perkara yang sia-sia yang boleh mensia-sia kan hidup kita takkan datang menjenguk lagi dalam hidup kita yang sememangnya berharga. 

Dan berakhirnya semua, di situlah lahirnya penyesalan..
So, peringatan buat kita semua termasuk juga diri kesayangan ku ini, penyesalan memang menyakitkan. Sebab, menyesal kemudian tiada guna. INDEED! And for that, love yourself. Think about your future in life and akhirah. Namun bagi mereka yang tak sempat mengelak dari melakukan sesuatu yang membuahkan penyesalan, jangan risau.. sakit yang dirasa masih boleh diubati jika kita jadikan penyesalan itu sebagai satu pengajaran. 

As long as we can avoid the big capital R.E.G.R.E.T, there's no need to be scared.

Tapi ingatlah, jangan takut pada penyesalan kerana PENYESALAN ADALAH TAUBAT..




Monday, 24 June 2013

" Jangan lah gosok mata tu.. Sayanggg!! "

" Sayanggg!! "

The most part that i really, really loved in "Sebenarnya Saya Isteri Dia"
Seriously, suka dengar part "sayang!"..
Hihihi. Memang melting bila dengar, hahhaha! (bukan sebab Izzue Islam ea even sya memang Izzue Islam's fan )
Rasanya, majority pompuan memang melting kot bila ada lelaki yang cakap macam tu (in case of husband and wife only! couple2 xmau eh! hehe..)
Even dalam cerita ni Firash tinggikan suara sikit when voice out "sayang" tu, tapi kita tahu yang sebenarnya Firash care and sayang ngan Syaf. Tula dia tegas tu. hehehe

Oklah, just untuk suka-suka jak aa. Jangan ada yang menyampah pulak. Hehe. 

Thank you :)

Hahahhaha!
Ok, dimulakan dengan ' bismillahirrahmanirrahim :) '

~ newbie in blogging actually and, memang betul2 newbie sebab blog ni pun kawan yang buatkan! haha! kalau tak, memang x da la blog sampai bila-bila. miahahahahah (aigoooo, terserlah buta social network.. huhu)
Anyway, disebabkan masih bergelar newbie, so untuk yang kali ni, sampai disini jak la (cover sebenarnya, x tau nak tulis apa lagi.. hihih~)

So, ucapan "terima kasih" ni, ditujukan khas buat hety ku sayang! yeayyy! [pict kat bawah, for those yang nak kenal2. kenal gitu2 jak la. couse, already taken maa.. hehe]
First impression when  looking for this blog, " Woah! is it really mine?? my blog?? hoho !!! (exited sorang2)"
seriously, cantik, i like :)
so lepas ni, teach how to bloggy, miahaha~

"Miss Hety"
** thank you bebeh! you really did a great job! **

Sunday, 23 June 2013

Welcome :)

Assalamualaikum. Hai,helo,sawadikap. ehem2!

Okey, this is my first entri. Belog ini baru lahir hari ni. Hahaha :D 
So, untuk entri pertama ni, x perlu la mau taip panjang2. just want to say selamat berblogging :D

helo! i'm new here :)